PERAK - Seorang pelajar perempuan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta, dilaporkan meninggal dunia disebabkan pengambilan makanan tambahan secara serentak.
"Al-fatihah buat student nurse semester 6 KSKB Ulu Kinta yang meninggal because of diagnosis 'Consume Alfafa (dedicated) by Shaklee'. Wallahualam. Allah know better about this. Just keep pray for Nor Idayu. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya. Amin,"
Difahamkan, mangsa, Nor Idayu, dilaporkan mengambil makanan tambahan Shaklee, Qu Puteh dan Aura White secara serentak sehingga mendatangkan kesan sampingan menyebabkan mangsa pengsan secara tiba-tiba.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan ditempatkan di wad kecemasan dan dilaporkan meninggal dunia.
Laporan mengenai tiga jenis makanan tambahan yang popular ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan penggunanya khususnya pengguna wanita.
Walau bagaimanapun, berita ini masih belum dapat disahkan benar. Namun, pengguna ketiga-tiga produk ini dinasihatkan agar berhati-hati.
Maklumat lanjut menyusul...
EmoticonEmoticon