gambar hiasan |
*CHUKAI: Padah mengintai isteri orang sedang mandi, seorang lelaki maut dibelasah oleh lima orang lelaki di Kampung Bujar, Air Jernih, Ahad lalu.
#Mangsa yang berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman (HK) akibat cedera parah di beberapa anggota badan selain pendarahan di hidung dan telinga.
Siasatan mendapati, mangsa dipukul oleh lima orang lelaki selepas dipercayai mengintai isteri kepada salah seorang suspek yang berusia 20-an melalui tingkap nako sebuah rumah yang terletak di kawasan kebun kelapa sawit.
#Suami wanita terbabit gagal mengawal kemarahan selepas mengetahui perbuatan mangsa bertindak memerangkap lelaki itu bersama dengan empat orang rakannya sebelum membelasah mangsa pada jam 8.30 malam.
*Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Kemasik pada jam 9 malam, namun dirujuk terus ke HK kerana cedera di dada, tangan dan dahi selain pendarahan hidung dan telinga. Bagaimanapun, mangsa meninggal dalam perjalanan.
EmoticonEmoticon