Hari ini viral dilaman sosial pasal seorang penuntut Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta yang dikatakan meninggal dunia disebabkan mengambil suplement berlebihan.
Kerana penyebaran berita palsu ini yang sengaja direka-reka oleh individu yang tidak bertanggungjawab ia telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna kerana produk yang disebut di dalam sebaran itu merupakan produk yang ramai penggunanya di Malaysia.
Telah tampil beberapa orang individu menepis dakwaan ini. Seorang pengguna laman Facebook bernama Nazri Omar yang mengaku sebagai saudara mangsa merayu supaya semua spekulasi ini di hentikan.
"Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatut terhadap student nurse kskb ulu kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menhentikan perbuatan tersebut.jgn kita share benda yg kita tidak pasti.jika tuan/puan nak kepastian boleh berhubung dgn saya," katanya.
Menurut Nazri lagi, punca kematian arwah bukan kerana mengambil makanan tambahan tersebut tetapi kerana pendarahan berlaku di dalam otak yang sememangnya susah untuk dirawat dan arwah juga mempunyai masalah migrain.
SK juga menjumpai 'Screen Shot' perbualan aplikasi Whatapps rakan mangsa yang menafikan kematian arwah kerana pemakanan produk berkenaan.
SK cuba menghubungi rakan mangsa untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini, menurut rakan mangsa dikenali sebagai Ezatul, dia menafikan kematian arwah disebabkan pengambilan makanan tambahan itu.
"Memang dijumpai kotak-kotak produk tersebut di dalam bilik arwah tetapi arwah sudah lama tidak menggunakan produk tersebut dan doktor sendiri mengesahkan arwah meninggal kerana salur darah pecah(aneurysm,)." ceritanya ketika dihubungi oleh kami.
Apapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebaran sebarang maklumat tanpa ususl periksa.
Bersama kita sedekahkan alfatihah kepada pelajar tersebut yang dikenali sebagai Wana. Semoga roh Wana ditempatkan dikalangan orang beriman. - Sumber Siakapkeli.my
EmoticonEmoticon