Lewat malam semalam, netizen digemparkan dengan kes sekumpulan anak-anak tahfiz ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang pemandu bas hanya kerana salah seorang dari mereka menegur pemandu terbabit menghentikan lagu dangdut yang dimain.
Setelah kes itu menjadi viral di laman sosial, laman Facebook rasmi Famira Travel & Tours diserang dari pelbagai sudut oleh pengguna Facebook.
Bagaimanapun, tampil seorang individu yang tidak didedahkan namanya pula memberikan 'cerita sebenar' menafikan dakwaan Durratun Naim.
"Ini kes semua auta belaka. Customer penipu, putar belit cerita. Ini Ustazah Durratun Naim pun lidah bercabang. Mau tau cerita sebenar, tanya saya.
"Kes 1, dari Jitra sampai Melaka. Ustaz itu haram tak ambil nombor handphone driver. Buat sombong, cakap gitu-gitu aja. Sampai di Melaka masa lunch tadi, ustaz dan murid-murid turun lunch. Pelawa driver pun tak. Jadi driver pergi makanlah kat kedai seberang jalan aja pun. Bila siap, mereka datang kat bas, driver tak ada. Nak call, tak ada nombor handphone. Tunggu tak lama lepas itu, driver datang terus kena maki. Driver okay (memang jenis lurus bendul) tak melawan.
"Kes 2. Ustaz kurang ajar ni duduk seat depan belakang driver. Letak kaki atas partition. Driver nampak melalui cermin pastu tegurlah cara elok. Dia kata driver bas payah kira. Banyak lagi bas ada di Melaka ini.
'Payah-payah, pergi hantar kami kat Melaka Sentral,'
"Macam yang ustaz tu suruh. Lepas turunkan, apa lagi dia blah la.
"Ustazah bangan inilah yang putar belit cerita nak minta simpati.
"Ust tu ingat ada bas 24 jam dari Melaka balik ke Jitra. Sampai sana malam baru ada bas. Jadi seorang hamba Allah ni tolong bawa budak-budak ni naik lori pergi homestay dekat tu ja pun. Yang naik lori tu pasal bahaya nak lintas highway AMJ depan Sentral tu.
"Kes dvd memang ada berlaku masa perjalanan malam nak pergi tetapi tak ada kaitan pun. Driver pasang slow aja pun tengah malam. Buat halwa telinga dia drive seorang-seorang. Ustaz tu pula suruh tutup sebab dia nak tidur. Maklumlah dia duduk depan.
"Ustazah bangang ni buat cerita putar beli. Driver tu bukan pergi tinggalkan budak-budak tu kat dalam hutan. Kat stesen bas. Bukan dia yang nak tinggalkan tetapi ustaz tu yang suruh tinggalkan mereka kat situ. Dok tak dok nak salahkan driver. Salah sendiri tak nak mengaku," jelas individu terbabit yang berang dengan netizen menuduh pemandu bas Famira sengaja menganiaya anak-anak tahfiz berkenaan.
EmoticonEmoticon