Sunday, 15 March 2015

LALA MASAK PEDAS MENGANCAM

Tags




 Assalamualaikum dan selamat petang. Saja nak cerita, semalam kami sekeluarga keluar makan di luar. Seperti kebiasaannya, restoran tomyam dan masakan ala thai menjadi pilihan kami. Dalam sibuk memilih menu itu, menu ini dan bla.. bla.., tiba-tiba hati terdetik nak cuba masakan lala masak pedas di kedai itu. Ternyata pilihan memilih untuk mencuba lala masak pedas di kedai itu adalah satu keputusan yang terbaik yang pernah saya lakukan  (over plakkk..) selesai makan kepuasannya sangat dirasai. Betul-betul sedap sampai bertambah nasi 3 kali. Sampai-sampai di rumah, apa lagi terus saya cari Cik Google untuk mencuba resepi ni. Rupanya tak adalah susah sangat. Boleh je cuba masak sendiri. Mana yang belum tahu resipi tu, bolehlah cuba okay. Mana yang dah tahu dan dah 'expert' tu boleh juga tengok-tengok dan jeling-jeling kot2 boleh 'improve' 'skill' memasak kan..



Bahan-bahan :



  • 1 kg lala
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ~ di ketuk
  • 4 batang cili padi ~ di belah 2 
  • 20 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 1 biji tomato ~ di potong baji
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan jus asam jawa ~ ambil sedikit asam jawa campur air dan ramas, tapis ambil airnya sahaja
  • 2 helai daun limau purut ~ di siat
  • 2 pokok ketumbar ~ di mayang halus
  • garam dan gula secukup rasa 



Cara-cara :

1.Bersihkan lala, rendam sebentar untuk menghilangkan pasirnya. Cuci semula dan toskan airnya

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali

3.Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum

4.Masukkan serai dan cili padi kacau rata

5.Masukkan bawang besar dan tomato

6.Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tiram dan biarkan ia merenih
Jika kuah kering tambahkan air

7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula kerana lauk ni sedap kalau manis-manis pedas sikit rasanya

8.Masukkan daun limau perut dan daun ketumbar.

9.Akhir sekali masukkan lala

10.Tutup kuali dan biarkan ia masak sebentar anggaran 5 minit
kacau rata dan biar merenih

Sedia dihidangkan.



Selamat mencuba!


EmoticonEmoticon