Monday, 16 February 2015

Resepi Cara-Cara Memasak Ikan Siakap 3 Rasa

Tags

                                             IKAN SIAKAP 3 RASA 



Bahan bahan:


  • 1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng) 
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sb minyak - untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Bahan Cincang Halus:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah


Bahan Dihiris Halus:


  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi


Bahan-Bahan Sos:


  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos plum - guna sos ikan
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar jus limau nipis/lemon
  • 1 sudu kecil kicap manis


Cara Cara:

1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan      ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau    jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain    yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.

5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah            digoreng.

6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas. 

                                                          Klik SINI utk lihat Resepi Kek Minyak Mantap  

                                                                 Selamat Mencuba!


EmoticonEmoticon