Thursday, 19 February 2015

Penulis Blog Bebas Tuduhan Cetuskan Permusuhan Agama



PUTRAJAYA – Penulis blog kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee bebas daripada tuduhan menimbul kan permusuhan antara penganut pelbagai agama melalui perbuatan mereka menaik muat gambar menghina umat Islam ketika Ramadan melalui Facebook.
Ini berikutan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan dengan alasan mahkamah itu tak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ber-kenaan .
Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan tuduhan terhadap Tan dan bekas teman wanita-nya itu .
Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong yang mempengerusikan panel itu , membenarkan bantahan awal peguam bela dua defenden itu, Chong Joo Tian yg berhujah bhw Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan .
Beliau memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana perkara itu bermula di Mahkamah Sesyen, maka ia patut ber-akhir di Mahkamah Rayuan .
Tan dan Lee memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya menggugurkan tuduhan itu (menyebabkan timbul permusuhan agama) mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana mereka mendakwa seksyen itu tak terpakai kepada bukan Islam dan oleh itu, tak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka .
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Dang Wangi pada 11 dan 12 Julai 2013.
Pasangan itu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, tetapi berjaya dalam rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan pada 21 April agar tuduhan itu diketepikan.
Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.Ketika membenarkan rayuan pasangan itu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 298A (1) (a) tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Tan dan Lee kerana ia tidak terpakai bagi bukan Islam.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup berhujah bahawa perkara itu boleh dirayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Katanya, Mahkamah Tinggi adalah mahkamah pertama yang perlu mendengar perkara berkaitan alasan perlembagaan dalam Seksyen 298A (1) (a).
Tan, nama penuhnya Tan Jye Yee, 27, dan Vivian, atau Lee May Ling, 26, bagaimanapun berdepan dengan dua lagi tuduhan di Mahkamah Sesyen.
Mereka menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar dengan keterangan ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ dlm laman Facebook .
1 lagi tuduhan ialah menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook mereka .
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur antara 11 dan 12 Julai 2013 dan 6 dan 7 Julai 2013 .
Dua tuduhan itu dijadual dibawa untuk pengurusan kes di Mahkamah Sesyen pada 6 Mac, lapor Bernama .


EmoticonEmoticon