Thursday, 19 February 2015

GEMPAR!! Tetak Teman Wanita Dan Humban Dari Tingkat 25

                                                                 Gambar hiasan

SUBANG JAYA - Polis memburu seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita wargaVietnam, 6 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang di-kenali sebagai Tran Thi Kim Sang, 21, dipercayai ditetak kekasihnya sebelum dihumban dari tingkat 25 sebuah pangsapuri, di sini.  

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa yang bekerja di sebuah kelab malam di Klang Selangor, ditemui mati oleh pengawal keselamatan di tingkat satu bangunan tersebut.

“Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati, punca kematian wanita itu bukan disebabkan terjatuh.

“Sebaliknya kita percaya, mangsa di-bunuh terlebih dahulu berdasarkan kesan tetakan benda tajam pada leher dan kepala mangsa,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Ops Selamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, semalam.

Menurut Yahaya, siasatan ke atas rumah berkenaan, terdapat beberapa kesan tompokan darah namun tiada sebarang senjata digunakan suspek ditemui.

“Pemeriksaan ke atas rakaman litar tertutup (CCTV), mendapati pasangan itu tiba di bangunan itu bersama-sama pada jam 12 tengah malam, sebelum mayatnya ditemui dua jam kemudian .

“Kita percaya mangsa tinggal bersama teman lelakinya . Namun lelaki itu telah menghilangkan diri sejak kejadian.  Kita percayai  individu dicari masih berada dalam negara,” katanya .

Polis mencari Chan Wee Meng, 54, seorang pengurus projek di USJ 1, untuk membantu siasatan dan mereka yg tahu di mana dia berada diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Nazri di talian 019-3555507.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menahan seorang  lelaki berusia 22 tahun, disyaki mengedar ganja dalam serbuan di sebuah kedai makan, 19 Februari lalu.

“Serbuan pada jam 4 petang itu, polis menemui empat ketulan mampat dedaun kering dibalut dalam plastik lut sinar seberat 254 gram yang disimpan dalam beg sandangnya.

“Susulan penahanan itu, polis menyerbu rumah suspek dan menjumpai  1.38 kilogram ganja ,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti pengedaran dilakukan di sekitar USJ dan Subang Jaya .

Ganja dibungkus dalam plastik kecil dan dijual pada harga RM50 satu paket dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952 . SH 



EmoticonEmoticon