PERMATANG PAUH: Hari ini berlangsungnya PRK Parlimen Permatang Pauh. Bermula pada jam 7.00 pagi para pengundi mula berkumpul di beberapa buah pusat pengundian seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.
Menurut laporan mStar online, pada jam 9.15 pagi berlaku sedikit ketegangan apabila Penyokong PKR dan BN mula berperang mulut dan semakin tegang setelah terdapat penyokong PKR membuat provokasi dengan membawa bungkusan seperti mayat diatas kereta.
Pada jam 12.58, Mahathir Mohammad yang merupakan seorang petugas media bagi KLXpress telah cedera selepas dipukul dalam kekecohan yang berlaku di SK Tanah Liat.
Bagaimanapun pada jam 1.00 tengah hari, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di SK Tanah Liat untuk mengawal keadaan yang kecoh
EmoticonEmoticon