Saturday, 16 May 2015

(Bukan Myvi) Pemandu Wanita Langgar 4 Kereta Remuk



PUTRAJAYA - 4 buah kenderaan pelbagai jenis rosak teruk akibat dilanggar oleh sebuah kereta (bukan Myvi) yang dipandu oleh seorang wanita.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada tengah hari tadi, pemandu wanita kereta Proton Pesona terbabit telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta Proton Saga BLM yang diletakkan di Dataran Putrajaya, Presint 1.

Kemalangan itu turut menyebabkan 3 buah kenderaan yang turut diletakkan berhampiran rosak teruk akibat impak perlanggaran tersebut.

Proton Saga yang dilanggar kelihatan hancur teruk di bahagian belakang, manakala beberapa kereta yang lain remuk di bahagian sisi kereta.

Kemalangan itu menarik perhatian pengguna Facebook yang membuat andaian mereka sendiri di mana berkemungkinan pemandu Pesona terbabit menggunakan smartphone ketika memandu. Justeru menyebabkan kemalangan itu berlaku.




1 comments so far

Tanggapan org ramai si pemandu guna smart phone bukan nya apa2 sbb ramai pemandu xkira jantina...diMelaysia mmg membuat sebegitu ...Ada yg memandu pelahan di jalan biasa atau di lebuhraya, menganggu lancaran lalu lintas, tidak hirau lalu lintas mau pun keselamatan penguna jalanraya yang lain...tiada sikap tanggungjawab...& timbang rasa. Apabila hon ditekan, mereka cepat marah...semua ni sbb apa? Pantauan & Kuat kuasa lemah.


EmoticonEmoticon