Friday, 22 May 2015

Berhati-Hati Jika Ditahan Oleh Lelaki Ini !



Hati-hati jika anda ditahan oleh lelaki ini.

***Tengah hari tadi, ibu saya memandu keseorangan, nak jemput anak cucu pulang dari sekolah. Selepas melalui Jambatan Satok (Kuching), ada lelaki bermotosikal ini membunyikan hon bertalu-talu terhadap ibu saya.

Pada mulanya, ibu saya tidak mempedulikan lelaki itu. Tetapi apabila berhenti di lampu isyarat berdepan dengan kediaman YB Daud, lelaki ini sekali lagi menahan ibu saya.

Menurut lelaki ini, ibu saya telah melanggar dia semasa ibu saya melalui Jambatan Satok tadi. Dia juga mendakwa kakinya telah dilanggar.

Ibu saya berasa pelik, bagaimana pula boleh terlanggar sedangkan dia menunggang motosikal, bukannya kaki di atas jalan raya.

Lelaki itu bagaimanapun berdalih dan mendakwa ibu saya terlanggar lutut dia. Dari kaki, bertukar ke lutut pula.

Lelaki itu bagaimanapun tetap mengekori ibu saya sehingga ke sekolah cucunya. Dan kali ini dia meminta wang pampasan RM400.

Ibu saya berkata dia tiada duit sebanyak itu lalu menyuruhnya menunggu seketika di situ sementara pergi ke bank mengambil duit yang dipinta.

Namun lelaki itu enggan dan berkata dia selalu ditipu orang yang menyuruhnya menunggu seperti itu.

Persoalannya, adakah dia selalu dilanggar orang sehingga selalu ditipu orang yang melanggarnya? Atau dia sebenarnya penipu dengan menuduh orang melanggar dia dan meminta pampasan?

Bimbang taktik tidak menjadi, lelaki ini menangis-nangis kononnya kakinya sakit. Ibu saya hanya ada RM100 di dalam beg duitnya dan diberikan kepada lelaki itu.

#Setelah diberikan duit yang dipinta, lelaki itu terus laju memecut motosikal meninggalkan ibu saya.

#Kata kaki sakit, sampai menangis-nangis dan pecut motosikal dengan laju pula.

#Nama dia Mohd Freddy Julaihi, berasal dari Kota Samarahan.

#Ibu saya sempat meminta nombor telefon lelaki ini dan apabila diperiksa di WhatsApp, tertera gambar lelaki ini.

#Orang Kuching, berhati-hati dengan lelaki ini.


EmoticonEmoticon