Friday, 8 May 2015

Akibat Terjerut Kain Buaian, Seorang Bayi Maut

Sekadar gambar hiasan


JOHOR BAHRU - Seorang bayi berusia 10 bulan maut akibat terjerut kain buaian di rumahnya di Taman Century Garden pada jam 4.30 petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Brian Lim adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Bapa mangsa yang sedang bekerja di Singapura sebagai penyelenggara bangunan menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan anak lelaki mereka meninggal dunia akibat terjerut kain buaian.

Kejadian berlaku di bilik utama di rumah pasangan berkenaan dan sebelum itu isterinya yang juga ibu si bayi sudah memberi makan ketiga anaknya kira-kira 12 tengah hari selain menyuruh mereka tidur sebelum menyambung kerja di dapur.

Selepas selesai kerja rumah isterinya masuk semula ke dalam bilik dan mendapati kepala mangsa tergantung keluar, manakala badan anaknya di dalam sarung buaian.


EmoticonEmoticon