***Ramai berteka-teki apa sebenarnya yang menjadi punca perpisahan antara Zizan Razak dengan Emma Maembong. Dan akhirnya Zizan telah memberitahu sebabnya kepada Utusan Malaysia hari ini. Persoalannya kereta apakah yang ingin dibeli oleh Zizan? Ferrari? Porsche? Mclaren
“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami.”
Itu rupanya punca perpisahan mereka berdua. Emma dikatakan bergaduh dengannya kerana hasratnya untuk membeli kereta sport itu dirasakan membazir. Rasanya perkara kecil saja tetapi mungkin juga sudah sekian lama Emma menjeruk rasa berkenaan perkara tersebut.
Apa yang lebih menarik ialah Zizan mengakui dia masih cintakan Emma. Wow. Apakah ini sesuatu yang muktamad dan tidak boleh diperbaiki lagi? Hanya Zizan dan Emma tahu jawapannya. Semoga Zizan akan berjaya memujuk hati bekas kekasihnya itu.
Berikut ialah sekeping gambar kereta baru yang amat mewah didakwa Tauke Jambu sebagai awek baru Zizan Razak. Heh#ehe
EmoticonEmoticon