Monday, 20 April 2015

AIKK?? IZZUE ISLAM TOLAK SENTUH BUKAN MAHRAM, TAPI ISTERINYA PULA..........

Tags


**Ramai yg memuji pendirian pelakon popular yang juga anggota kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam apabila dia memilih untuk tidak bersentuhan dengan bukan mahram ketika berlakon.

Kenyataan tersebut timbul hujung tahun lalu setelah Izzue menolak adegan bersentuhan dengan gandingannya, Ayda Jebat dalam drama Suami Sebelah Rumah bagi menjaga statusnya sebagai seorang suami dan menjaga maruah pelakon wanita.



Keputusan tersebut dilihat wajar dan patut dicontohi pelakon lain kerana sesebuah drama tidak akan hilang magis dan tarikannya, hanya kerana tidak diselitkan adegan erotis dan romantis.

Dalam pada ramai yg memuji keputusan pelakon tersebut, tup tup timbul pula satu cerita kurang enak membabitkan isteri yang juga pengurusnya, Awin Nurin.

Cerita tersebut dikongsikan seorang wartawan menerusi satu ruangan hiburan dalam Metro Ahad yang mana, prinsip yang dipegang pelakon tersebut nampaknya tidak selari dengan si isteri.

Mana taknya, tulis wartawan terbabit, dalam satu majlis yang dihadiri baru-baru ini, Izzue bertindak menolak untuk berjabat tangan dengan beberapa jemputan wanita.

Namun yang tak moleknya, Awin dikatakan ‘selamba’ bersalaman dengan jemputan lelaki termasuk rakan media. Eh, macam mana tu?

Yelah, kalau si suami sanggup menolak perlawaan untuk bersentuhan dengan wanita lain, si isteripun rasa-rasanya patut mempraktikkan perkara sama, kan?

Tak mengapalah, mungkin Awin punya alasan sendiri ataupun ia hanya salah pandang sahaja.


EmoticonEmoticon