Wednesday, 25 March 2015

Pesawat GERMANWINGS Berkecai Terhempas Di Pergunungan Alps (17 Gambar)



Sebuah pesawat syarikat penerbangan rendah milik Germanwings, anak syarikat Lufthansa, dilaporkan terhempas di pergunungan Alps Perancis.

Pesawat Airbus A320 Germanwings yang membawa 150 orang penumpang termasuk anak kapal terhempas di pergunungan itu setelah terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Perancis pada jam 10.30 pagi semalam pada ketinggian 6,000 kaki (1,828 meter).

Pesawat itu dalam perjalan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Menurut Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls berkata, sebuah helikopter telah mendarat di lokasi nahas dan hanya menemui serpihan bangkai pesawat dan mendapati tiada penumpang yang terselamat.

Lapor akhbar Echos, pesawat itu berkecai dengan serpihan terbesar adalah sebesar sebuah kereta.

Pihak polis Perancis juga turut mengesahkan tiada penumpang yang terselamat dalam tragedi itu dan menjangkakan usaha menyelamatkan mangsa dan mengeluarkan bangkai pesawat akan mengambil masa yang lama berikutan keadaan cerun gunung yang agak curam.

Bagaimanapun, punca nahas masih belum dikenal pasti.

Menurut pihak berkuasa penerbangan Perancis, juruterbang pada ketika kejadian tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus sekali gus menimbulkan persoalan misteri mengapa pesawat itu tiba-tiba hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas.

Pesawat Germanwings itu membawa 144 penumpang termasuk dua bayi, enam krew. 67 penumpang adalah warga Jerman termasuk 16 pelajar sekolah tinggi.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Barcelona pada jam 10.01 pagi tetapi mula turun selepas mencecah paras penerbangan 38,000 kaki (11,582 meter). Ia terus turun selama lapan minit sebelum terhempas. - AP

















EmoticonEmoticon