Monday, 16 March 2015

Kisah Benar Pengalaman Yang Mengejutkan Ketika Memandikan Mayat Pelacur

Tags



**Terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya ketika zaman Imam Malik. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.

**Ketika mayatnya mahu dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

***Semua penduduk dan ulama’ menjadi kecoh dengan perkara tersebut. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

**Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

**Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

**Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

**Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.

“Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?”

**Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menyatakan dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

**Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati”.

“Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zin*) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zi#n$a tanpa mendatangkan 4 saksi,” kata Imam Malik.

**Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah s.w.t. terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.


EmoticonEmoticon