Tuesday, 10 March 2015

KELUHAN HATI SEORANG IBU DI FB TENTANG ANAK PEREMPUANNYA



KELUHAN HATI SEORANG IBU DI FB TENTANG ANAK PEREMPUANNYA | Apabila penulis tiba-tiba terbaca status seorang ibu yang meluahkan rasa sedih atas perlakuan anak perempuannya di laman sosial Facebook, emosi pula tiba-tiba rasanya.

#Bukan sahaja anak perempuan wanita berkenaan tetapi semacam satu budaya dalam kalangan anak muda yang mendedahkan status yang bukan-bukan padahal sekolah pun tidak habis lagi.

#Dalam kes ini, wanita itu merungut ekoran status anak perempuannya yg diletakkan sebagai bertunang.

#Status itu kini sudah tersebar di beberapa laman blog lain dan ia mengundang banyak komen berkenaan masalah yg dihadapi.

#Menurut wanita itu, status anaknya yang tertulis “engaged with bla.. bla.. bla..” mengundang pertanyaan daripada saudara mara yang lain adakah benar anaknya sudah bertunang?

#Kemudian, status anaknya bertuKar pula menjadi “married with polan bin polan sehingga membuatkan si ibu tertanya-tanya dan merintih sendiri.

#“Bila bapak budak tu meminang dia? Bila dia akad nikah? Bila pulak aku kahwinkan dia? Akukah yang tak pandai mendidik dia.. atau dia dah berasa dia BESAR sangat. Sampai tak perlu menjaga hati orang tua,” kata wanita itu.

#Penulis berasa kasihan juga kepada seorang ibu seperti itu yang kecewa dengan cara anaknya itu menggunakan Facebook.

#Bagaimanapun, daripada wanita itu menulis di Facebook berkenaan rungutannya kenapa tidak berhadapan terus dengan anak perempuan nya dan tegur dia secara depan dengan baik.


1 comments so far

bagi rotan selibas kew lebih kew, xpun bagi libas gan tali pinggang ini klau dok jaga gan duit jew dah besar mane nk dengar ckp..


EmoticonEmoticon