Monday, 9 March 2015

JAM 5.30 PAGI MESEJ KECEMASAN MH370 YANG HILANG DIAKTIFKAN



KUALA LUMPUR: Aeronautical Rescue Command Center (ARCC) mula mengaktifkan Mesej Fasa Kecemasan (DETRESFA) pada jam 5.30 pagi (waktu Malaysia) selepas pesawat MH370 terputus hubungan selama empat jam dan 11 minit.

Bagaimanapun, mesej DETRESFA mengambil masa satu jam dua minit untuk disebarkan menerusi Aeronautical Fixed Telecommunication Network (AFTN) pada jam 6.32 pagi.

Laporan Siasatan Keselamatan MH370 berkata, fasa kecemasan berhubung kehilangan MH370 diisytiharkan satu jam dan dua minit kemudian.

Selain itu, katanya, kandungan DETRESFA turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu.

"Koordinator Misi SAR (SMC) ialah pegawai ditugaskan untuk menyelaras maklum balas kecemasan atau keadaan kecemasan ketara.

"Pegawai SMC bagi operasi SAR mampu menilai keadaan dengan tepat, selain berupaya mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan keselamatan terjamin serta mengelak kerugian.

"SMC perlu memulakan dan menyelaras operasi supaya kaedah bersesuaian digunakan bagi mengelak penangguhan usaha SAR," katanya.

Laporan turut menyatakan, panggilan telefon antara Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) dan Pusat Operasi Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dilakukan pada jam 5.23 pagi.

Panggilan itu antara lain menyatakan Pegawai KL ATCC akan memaklumkan kepada penyelia pemerhati untuk mengenal pasti komunikasi terakhir bersama pesawat MH370.

INFO

Langkah Awal Operasi SAR

* Aktifkan Bilik Operasi SAR

* Nilai situasi semasa

Langkah diambil jika berlaku kecemasan ketika kemalangan membabitkan Penerbangan Awam)

* Isytihar fasa kecemasan dan Koordinator SAR (SC)

* Mengaktifkan mesej ARCC

* Menyelaras pegawai mengikut bidang tugas secara khusus

* Mengaktifkan Notice to Airmen (NOTAM)

* Mengaktifkan permohonan Request Supplementary Flight Plan (RQS) daripada Aeronautical Information Service (AIS) dan laporan cuaca daripada Jabatan Kaji Cuaca

* Maklumat dalam pelan penerbangan atau notis pemberitahuan

* Memeriksa semua lapangan terbang atau kawasan berkemungkinan pesawat mendarat di sepanjang laluan dan julat penerbangan

* Memaklumkan pesawat atau agensi penerbangan berhampiran untuk mengenal pasti lokasi pesawat

* Memaklumkan pihak polis di sepanjang laluan penerbangan pesawat terbabit dan meminta pengesahan laluan atau mendapatkan maklumat mengenai penumpang serta pesawat

* Memohon Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) memberi amaran kepada kapal di kawasan berhampiran jika pesawat terbabit berada berhampiran lautan

* Membawa peralatan kecemasan

* Meminta bantuan Pusat Radar untuk mengenal pasti plot radar bagi operasi SAR. -SUMBER BH-


EmoticonEmoticon