Tahukah anda sebenarnya...
Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kepakaran anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa menawan dan hebat di mata suami anda. Anda boleh membawa kembali keghairahan seperti malam pertama walaupun anda berdua sudah 40 tahun berumahtangga.
Jika hubungan anda dan suami berjalan dengan baik, tahniah diucapkan. Namun ada juga pasangan suami isteri yang tidak menemui kebahagiaan dalam perkahwinan mereka. Hal ini menyebabkan hubungan mereka menjadi semakin tegang dan mengalami gejala-gejala keretakan rumahtangga.
Antara penyebab kes-kes keretakan rumahtangga, kecurangan terhadap isteri dan perceraian di Malaysia berlaku adalah disebabkan oleh:
- Kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan
- Kurang Mendengar, Terlampau Banyak Bercakap
- Tidak Bijak Mengurus Kewangan Keluarga Dan Diri Sendiri
- Mudah Mendekati Larangan Agama
- Tidak Ambil Berat Solat 5 Waktu
- Gagal Bertindak Cepat Selesaikan Konflik
- Masalah 'bilik tidur' dan kurang kepuasan
Jika anda tidak termasuk dalam statistik ini, anda bolehlah menarik nafas lega sekarang. Namun sebagai manusia biasa anda tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada esok hari. Anda tidak dapat mengetahui 100% apa yang dipendamkan oleh suami anda. Kebanyakan lelaki lebih suka memendamkan apa mereka rasa daripada meluahkannya secara terbuka kepada pasangannya.
EmoticonEmoticon