*Ada juga di antara selebriti ini yang sering ditujukan soalan yang sama mengenai wajah mereka yang seiras.
Wawa Zainal dan Ayda Jebat
*Ramai yang mengatakan bahawa pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat mempunyai wajah seiras Wawa Zainal. Dengan sekali pandang sahaja mereka lihat seperti adik beradik.
Maya Karin dan Marissa Yasmin
*Memang tidak dapat dinafikan lagi keirasan wajah Maya dan Marissa. Mereka juga digandingkan sebagai ibu (Marissa) dan anak (Maya) dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Marissa yang ketika ditemui tempoh hari ditanya mengenai hal ini berkata: “Ramai yang mengatakan bahawa muka saya seiras Maya dan awak adalah orang yg ke 100 berkata begitu,” ujar Marissa ketawa.
Kavita Sidhu dan Raja Ilya
*Kavita dan Ilya kedua-duanya dikurniakan wajah yang cantik. Jika dilihat gambar di atas, agak sukar untuk membezakan yang mana satu mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai ketinggian bak peragawati.
Aeril Zafri dan Shafie Naswip
*Aeril dan Shafie bukan sahaja memiliki wajah yang hampir sama, tapi kedu-dua mereka juga mempunya bakat yang besar dalam bidang lakonan. Jika dilihat, keirasan wajah mereka terletak di bahagian hidung dan di mulut.
Zarina Anjoulie dan Lufya
*Wajah mereka yang sama menyebabkan beberapa kontroversi timbul dan wujudnya perbalahan antara mereka. Zarina juga turut meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter mengenai hal ini kerana orang ramai sering memanggilnya dengan nama Lufya.
EmoticonEmoticon