Monday, 16 February 2015

Kerana tekanan terjun dalam kolam penuh dengan buaya



BANGKOK: Seorang wanita bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kolam yang sarat dengan buaya di sebuah taman haiwan tarikan ramai pelancong di pinggir ibu kota Bangkok , lapor AFP .

Menurut polis , kejadian berlaku hanya seketika selepas taman itu dibuka . Selain menjadi ladang ternakan  buaya , taman terbabit juga menempatkan zoo dimana pengunjung dibenarkan untuk bergerak bebas dan memberi mkn haiwan.

Menurut polis lagi kejadian berlaku Jumaat lalu di Taman Haiwan Samut Prakan dimana wanita terbabit di katakan terjun dari satu ruang rehat yg mempunyai laluan di bahagian tengah kolam terbabit yang sarat dengan ratusan ekor buaya dewasa .

Menurut saudara wanita terbabit , dia sedang mengalami tekanan dan kemurungan.

Kawalan keselamatan di taman  tarikan pelancong itu sememangya longgar dimana adakalanya pagar pemisah hanya berketinggian beberapa kaki bagi membolehkan pengunjung memberi makan haiwan .

  
KLIK ARTIKEL BERKAITAN --> Gambar Intim Bekas Pelajar AF Tersebar

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon