Tuesday 24 February 2015

GEMPAR!! Toyol Didakwa Lesapkan Wang Penduduk??

GAMBAR HIASAN

#PENDUDUK Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor menjadi buntu dan kebinggungan apabila wang milik mereka ‘lesap’ dicuri saban malam secara misteri.

#Anehnya, perpuluh-puluh mangsa mendakwa tiada sebarang kesan pecah masuk perompak di kediaman masing-masing.

#Malahan, suspek sering kali berjaya mengesan lokasi wang yang disimpan meskipun disembunyikan di lokasi tersorok seperti dalam almari, botol plastik, peti sejuk atau kitab al-Quran.




BACA SINI--> MAHLUK PELIK


#Memetik laporan Harian Metro, salah seorang mangsa, Muhammad Yusuf Mat Akhir, 64, berkata, kejadian itu sudah berlarutan sejak lebih sebulan lalu hingga menimbulkan keresahan penduduk selain turut mengaitkannya dengan perbuatan makhluk halus.

#Bercerita pengalaman yang dialami,  mangsa mendakwa suspek yang tidak diketahui itu gemar mencuri sebahagian daripada wang milik mangsa dan selebihnya ditinggalkan begitu sahaja.

#Insiden pelik ini sekali gus dikaitkan dengan kewujudan makhluk halus yang dipercayai toyol.

#Meskipun ada pihak menganggap makhluk halus adalah tahyul, namun ramai juga beranggapan kewujudannya tidak boleh diketepikan.

#Bagaimanapun harus diingat, manusia adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini maka kita tidak seharusnya takutkan makhluk lain yang juga ciptaan Allah SWT.

#Pun begitu, kes kecurian ini masih lagi menjadi tanda tanya penduduk berkenaan. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon