Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, 5 June 2015

WOW !! 6 Petua Ringkas Untuk Menghilang Eyebag Dengan Berkesan


*Nak tau cara mudah untuk hilangkan eyebag atau kantung mata? Tapi sebelum tu, tahukah anda apakah punca eyebag seringkali terjadi? Punca-punca penyebab terjadinya eyebag ini.

#Keturunan

*Cuba lihat bawah mata ibu atau ayah anda, kalau memang ada lingkaran hitam bawah mata ni, itu adalah keturunan yang diwarisi dari ibu/ayah.

#Alergi

*Eye bag ini juga disebabkan tabiat menggosok kulit di sekitar mata yang gatal akibat mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh badan yang menyebabkan darah memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.

#Terlalu banyak terdedah kepada cahaya skrin pc/laptop

*Sesiapa yang suka online memanjang tu jangan hairan ye kalau ada eye bag bawah mata, ini adalah disebabkan mata letih dan kurang tidur/kurang rehat.

#Anemia

*Anemia bermaksud kekurangan darah/zat besi. Pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurang zat besi, untuk mengatasi masalah ini anda perlulah mengambil supplemen tertentu.

#Toksin berlebihan

*Ini adalah salah satu puncanya ,tabiat yang tidak mengambil pemakanan seimbang menyebabkan racun terkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat di cernakan dengan baik menyebabkan kulit di sekitar hitam serta nampak lebam. (sangat mencacatkan penampilan kita huwaaaa)

Selain itu, ada cara mudah untuk hilangkan eyebag ni. Antaranya:

#1) Uncang Teh

*Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

#2) Timun

*Ramai yg sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

#3) Kentang

*Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

#4) Susu

*Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

#5) Putih Telur

*Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.

#6) Air kosong

*Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong. Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

Monday, 1 June 2015

Ketahui 7 Isyarat Pasangan Anda Luahkan 'I Love U' Tanpa Disedari

#Bagi mereka yang sudah berkahwin, pasti sukar untuk si suami meluahkan perasaan mereka pada anda, lebih-lebih lagi untuk menyebut 3 perkataan mudah ‘I love you’.

*Walaupun suami anda jarang untuk menyebut 3 perkataan mudah tersebut, namun tindak-tanduknya sudah membuktikan betapa sayangnya mereka pada anda.

#Kalau boleh ingin sekali suami anda menjerit untuk meluahkan rasa cintanya pada anda.

*Tapi janganlah anda memikirkan perkara tidak elok pula, jika dia tidak lagi romantik seperti zaman bercinta dulu.

#Macam orang selalu cakap, sekeras-keras lelaki pun, dalam hati ada taman!

*Untuk para wanita dan isteri, ketahui, bagaimana cara suami anda meluahkan rasa cintanyanya kepada anda secara senyap-senyap.

1. Dia biarkan anda memilih



Jika anda pergi menonton filem, pasti suami anda akan menyerahkan keputusan kepada anda untuk memilih filem apa yang akan ditonton kerana ia sangat penting baginya. Begitu juga makan malam, warna kereta, destinasi percutian, pasti dia akan membiarkan anda untuk membuat keputusan kerana baginya anda sangat penting baginya.

2. Dia akan membantu anda di rumah



Tidak semua lelaki dan suami ringan tulang. Jika suami anda sering membantu anda melakukan kerja rumah, jangan anda ingat suami anda buang tabiat pulak. Baginya, itu menunjukkan tanda sayang dan cinta kepada isterinya. Tidak sekali dia ingin melihat anda berseorangan menguruskan rumah.

3. Dia meminta nasihat dari anda



Apabila suami anda meminta nasihat dari anda, bukan sahaja dia memberitahu anda bahawa dia mencintai kamu, tetapi dia juga memberitahu anda bahawa dia mempercayai anda untuk memberikan petunjuk.

Sangat sukar untuk lelaki meminta nasihat dari wanita. Jadi jika suami anda ingin mendapatkan nasihat dari anda, ini bermakna anda adalah orang yang dia dihormati , percayai dan amat disayangi. Itulah cara untuknya meluahkan perkataan ‘I love you’ pada anda.

4. Dia memegang tangan anda



Dengan cara memegang tangan anda sama ada dirumah, mahupun di luar, sebenarnya itu adalah cara mereka meluahkan perkataan ‘I love you’. Memegang tangan adalah tindakan mudah untuk meluahkan rasa cinta.

5. Dia membantu anda untuk membeli-belah



Sama ada membeli-belah bersama anda atau seorang diri ketika pulang dari kerja, suami anda sanggup untuk membantu anda. Kadang kala anda meminta suami untuk membelikan sesuatu jika dia pulang dari kerja, dan dia akan menuruti kehendak kamu. Itu juga cara senyap suami anda meluahkan rasa cintanya kepada anda.

6. Dia mendengar luahan dan kekecewaan anda



Tidak dapat disangkal lagi, wanita ni suka mengadu jika mempunyai masalah atau kecewa mengenai sesuatu. Jika suami anda bersedia mendengar luahan dan kekecewaan anda, bahkan sentiasa meredakan kesedihan anda, itu adalah caranya untuk menyatakan ‘I love you’ pada anda. Jika suami anda masih lagi duduk dan mendengar luahan yang sama berulang-ulang kali, dia patut di beri pengiktirafan.

7. Dia senyum pada anda



*Apabila suami anda sering melemparkan senyuman ikhlas pada anda, itu tandanya dia ingin meluahkan perkataan ‘I love you’ pada anda. Ingin sekali dia luahkan pada, “Awak buatkan saya gembira dan bahagia.”

Tuesday, 26 May 2015

Petua Senang Hamil Setelah Berkahwin



#Kehamilan bagi seorang wanita adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Ramai pasangan suami isteri yang telah menunggu lama untuk dapat mempunyai anak tetapi masih belum dikurniakan anak.

Namu bagi pasangan yang masih belum dikurniakan anak, ada beberapa tips atau cara untuk Cepat Hamil Setelah Berkahwin, cara yang mudah untuk dipraktikkan:

Tips Cepat Hamil Setelah Berkahwin

Setelah melakukan hubungan intim elakkan supaya tidak banyak sperma yang keluar dari rahim isteri.

Posisi terbaik dalam melakukan hubungan seks adalah posisi yang tidak terjadinya ‘penjelajahan’ sperma dalam rahim, seperti posisi berdiri, duduk, atau women on top (wanita berada di atas) agar sperma banyak tertahan di dalam rahim.

Melakukan hubungan intim ketika isteri sedang sensitif terhadap bau-bauan. Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita pada waktu tertentu sangat sensitif terhadap bau-bauan kerana bau-bauan boleh menyebabkan wanita sedang ovulasi, dalam istilah lain wanita itu dalam keadaan subur, jadi pastikan anda (suami) mengadakan hubungan ketika isteri sedang dalam keadaan itu.

Foreplay atau pemanasan sebelum malakukan hubungan seksual sangat penting dilakukan, suami yang melakukan foreplay lebih lama sebelum ejakulasi dapat menghasilkan sperma lebih banyak dan itu merupakan peluang besar agar isteri hamil.

Posisi ketika melakukan hubungan seks juga juga penting : Doggy style (isteri membelakangi suami), misionary (Suami diatas) dan pelbagai lagi agar lebih banyak sperma yang masuk

#Daripada lima tips di atas, fokus pada usaha supaya sperma tidak terlalu banyak keluar dari vagina merupakan cara paling umum digunakan dan paling banyak disarankan. Dan yang paling penting, ialah DOA. Semoga yang belum mempunyai anak dipermudahkan.

Monday, 25 May 2015

INFO - Anda Patut Tahu Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul



#Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

#Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

#JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

#Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

#Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

#Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

#Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

#PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

#KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

#Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

#Contohnya, semesa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

#p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

#Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

Friday, 22 May 2015

Adab Semasa Tinggal Menumpang Di Rumah Ibu Bapa/Mertua (Perlu Tahu!!)


#Tip membantu belanja rumah Ibubapa/Mertua dan Menambah KASIH SAYANG MEREKA.

#Biasanya anak muda Generasi Y yang tinggal bersama ibubapa yang bekerja, tidak dilatih untuk mengeluarkan duit gaji sendiri untuk membeli barangan dapur atau membayar bil letrik atau air di rumah yang mereka duduki. Ini disebabkan daripada awal lagi, semuanya itu dibayar oleh ibubapa mereka.

#Apabila mereka telah bekerja, belanja rumah itu masih diuruskan oleh kedua orang tua mereka yang masih bekerja. Apabila mereka berkahwin, pemikiran dan sikap mereka masih tidak berubah. Bila tinggal di rumah mertua, suami atau pasangan ini tidak terfikir untuk mengagihkan pendapatan bulanan mereka membantu mertua membayar belanja rumah itu. Memanglah mereka tidak perlu membayar sewa bilik kerana itu adalah rumah ibubapa atau lebih tepat lagi bilik yang mereka tidur itu adalah bilik isterinya sejak dari kecil lagi.

#Mungkin kedua ibubapa mertua tidak minta atau memerlukan bantuan belanja rumah kerana kebanyakan mereka pun masih mampu membiyaainya. Namun sebagai pasangan suami isteri, apa lagi bagi mereka yang telah ada rezeki berpendapatan tetap bulanan, eloklah menyahut seruan Allah SWT di dalam Al Baqarah: 215

“Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”

#Insya Allah, dengan membuat sedikit komitmen membantu mengurangkan perbelanjaan rumah ibubapa mertua itu, ini akan menambahkan lagi kasih sayang mereka itu kepada pasangan Gen Y ini.

#Jadi, apakah perkara yang sesuai untuk dibelanjakan di rumah itu? Bincanglah sesama suami isteri secara terbuka dengan niat untuk menambahkan kasih sayang ibubapa mertua kepada mereka. Kekadang, ada juga pasangan, semasa dapat gaji, membawa ibubapa mertua makan di restoren tertentu dan berbelanja sesuatu untuk rumah itu. Kemungkinan sumbangan mereka ini tidak menambah nilai kasih sayang kerana tidak memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Kebiasaannya ada dua item utama yang boleh menambah nilai kasih sayang ini.

1. Bil eletrik, air dan talian tetap telefon.

#Sebaik-baiknya, sampai sahaja bil-bil yang tersebut di atas tiap bulan ke rumah, terus saja ambil tanpa memberitahu ibubapa mertua dan membayarnya. Tunjukkan sahaja kertas bil yang telah dibayar kepada mereka. Jika mereka “terkejut” dan melarang anda membayarnya, jawablah, “Alhamdulillah, sikit aje”. Membayar bil-bil ini adalah satu strategi yang sangat tepat. Kerana item ini adalah isu perbincangan utama ibubapa mertua ini sejak mereka menjadi suami isteri. Mereka dahulu pernah berkonflik mengenai penjimatannya. Alhamdulillah, sekarang anak menantunya telah mengendurkan stres mereka yang selama ini mereka alami.

2. Makanan utama di dapur.

#Sentiasa perhatikan bekalan makanan utama di dapur di dalam keadaan minimum satu perempat muatannya. Apa yang dikatakan bekalan makanan utama ialah jika ada orang bertandang ke rumah pada bila-bila masa, ibubapa mertua tidak STRES, kerana bekalan makanan tersedia untuk digunakan. Tidaklah malu mereka, jika ada orang datang, tengok-tengok gula dah habis, kelam kabut menyuruh anak berlari ke kedai membeli gula atau beras. Oleh itu apa yang dikatakan bekalan utama ialah beras, gula, minyak masak, gas masak, kopi dan teh (jenama kegemaran ibubapa mertua). Bekalan sampingan ialah bahan-bahan lain untuk masakan. Bahan-bahan ini tidak wajib dibeli. Ibubapa mertua lebih memahami keperluannya.

Selamat Mencuba……. sila “share”


Wanita Yang Mempunyai Nafsu S3ks Tinggi Tergolong Dalam 5 Ciri Ciri Ini



1. Ciri ciri wanita yang punya nafsu s3ks tinggi dengan Berani berkata tidak.

**cinta. Ketika mereka lebih ingin membaca buku, istirahat, atau tidur, daripada bercinta, mereka pun tak segan mengakuinya. Wanita yang tidak pernah berkata tidak untuk s3ks, walau sedang tidak mood, justru tidak pernah juga berkata “ya” secara penuh. Artinya mereka tidak pernah ingin benar-benar bercinta.

2. Ciri ciri wanita yang punya nafsu s3ks tinggi dengan Egois dalam bercinta.


#Siapa saja yang menyukai s3ks tentu mengetahui dengan pasti apa yang diinginkannya, dan apa yang menyenangkannya. Ia juga cenderung mengendalikan permainan, dengan mengatakan kepada pasangan, hal-hal yang menggairahkannya. Dengan begitu, ia akan terlihat egois di tempat tidur.

3. Ciri ciri wanita yang punya nafsu s3ks tinggi dengan Fleksibel.

#Maksudnya bukan tubuhnya yang fleksibel melakoni posisi bercinta yang jumlahnya seribu satu macam. Pikiran merekalah yang fleksibel. Mereka tidak pernah menentukan syarat-syarat sebelum bercinta, misalnya harus di kamar, dengan lampu remang, atau hanya bercinta dengan posisi misionaris, pria di atas wanita. Mereka cenderung menjauhi s3ks yang rutin.

4. Ciri ciri wanita yang punya nafsu s3ks tinggi dengan Lebih bergairah.

#Ciri ciri wanita yang punya nafsu s3ks tinggi
Ciri ciri wanita yang punya nafsu s3ks tinggi.
Lagi-lagi tidak hanya bergairah dalam arti s3ks. Wanita-wanita penyuka s3ks akan dengan sendirinya terlihat bergairah dalam menjalani apapun. Mereka selalu mempunyai energi yang cukup untuk berpenampilan menarik atau memasak/mencari makanan kesukaan, cenderung rajin memanjakan lidah, dan lain-lain.

5. Ciri ciri wanita yang punya nafsu s3ks tinggi dengan Konsentrasi.

#Menikmati s3ks mutlak memerlukan sebuah kosentrasi pemikiran. Seperti layaknya “menyimpan” pikiran soal rumah tangga di rumah, ketika tengah bekerja di kantor. Seperti itu pula s3ks. Wanita penyuka s3ks mahir “membagi” pikirannya seperti itu. Ketika bercinta, mereka dapat dengan pandai menyimpan segala kekhawatiran yang sedang melandanya.-Versi Indon


Thursday, 21 May 2015

Ibu Keluar Berkerja Anak Buat 'Sesi Kokurikulum' Dirumah Selama 5 Tahun !!



#Selalu ibu bapa merasakan apabila anak-anak telah berumur 10 ke 12 tahun, masih disekolah kebangsaan merasakan anak mereka boleh berdikari. Maka anak-anak ini apabila ke sekolah naik bas sekolah, diberikan kunci rumah agar apabila pulang dari sekolah, turun dari bas, terus buka pintu pagar, buka pintu rumah dan masuk dalam rumah. Anak-anak yang lebih kecil dititipkan di rumah pengasuh.

Anak ini bijak menguruskan diri sendiri di dalam rumah, apabila masuk rumah, kunci pintu semula.

#Memang, anak yang baik, dengar kata bertindak begitu. Tetapi mereka juga insan biasa, yang kesunyian, yang perlu perhatian dan kasih sayang.

Dan perlu diketahui, anak mereka juga sedang diperhatikan oleh manusia durjana berhati syaitan yang licik membuat perancangan.

#Kisah benar, seorang pelatih Baitus Solehah, yang sebelum ini , saban hari pergi dan balik berada sendirian di rumah. Ibu bapa percaya anak mereka baik dan tidak melakukan apa apa yang dicurigai.

Benar, anak mereka baik dan taat.

#Sebaik tiba di rumah, buka pintu pagar, buka pintu rumah dan kunci semula. Duduklah dalam rumah hingga ibu ayah pulang dari kerja.

#Dia tidak sedar sering diperhatikan oleh seorang pemuda. Mula-mula pemuda itu cuma senyum. Kemudian beberapa bulan mula menyapa. Beberapa bulan kemudian, menghadiahkan gula gula atau aiskrim di pintu pagar rumah.

#Beberapa bulan lagi, bertegur sapa sekadar tanya khabar. Akhirnya menjadi mesra. Anak merasakan dia pemuda baik yang tidak menakutkan dan mengambil kesempatan.

Suatu hari pemuda itu, minta air, konon rasa dahaga. Oleh kerana sudah percaya abang ini baik, diambilkan air dan pemuda itu berlalu pergi. Seterusnya 2, 3 kali minta air, mula di pintu pagar sahaja, kemudian di pintu rumah, dan akhirnya masuk ke rumah, tunggu di sofa.

#Pemuda ini sudah faham rutin dan jadual pergi balik kerja ibu bapanya. Pemuda ini juga tahu pada waktu bila anak ini pulang dan apa yang dilakukan dalam rumah sendirian.

#Suatu hari kemudian, pemuda ini sudah berani berbual-bual sambil menonton tv dalam rumah bersama anak ini. Setengah jam berbual, tanpa ada sebarang tindakan menakutkan dan curiga, pemuda itu akan keluar dan beredar.

#Lama-lama anak ini merasakan dia disayangi dan diberikan perhatian. Ada teman berbual waktu ibu bapa tidak ada di rumah. Oleh kerana tidak berlaku sesuatu yang buruk, anak ini tidak pernah memberitahu ibu bapanya tentang pemuda ini. Dia tahu jika diberitahu pasti ibu bapanya marah dan melarang dia mengizinkan pemuda itu masuk ke rumah. Sedangkan dia merasa pemuda itu baik saja, dan tidak mahu kehilangan.

#Dan saat ditunggu pemuda itu tiba, menjelang usia gadis itu 13 tahun bila telah mendapat kepercayaan total, pegang-pegang pun tidak ada larangan dari gadis sunti itu.

#Akhirnya terjadilah suatu yang menakutkan dan trauma kepada gadis sunti itu. Dia menangis, dipujuk belai pemuda itu. Kejadian tidak berulang hingga suatu tempoh, kerana pemuda itu tidak mahu taruma yang dialami gadis sunti akan menyebabkan rasa benci.

#Dibiarkan masa berlalu, kali kedua, dah ok, tak berapa takut. Kali ketiga dah rasa seronok. Lama-lama menjadi kebiasaan. Umur 13 tahun dah merasakan hubungan jasad lelaki perempuan menjadi suatu ketagihan. Tambahan ketika itu sudah bersekolah sessi petang, ibu bapa keluar pergi kerja awal pagi, ada banyak masa sebelum dia ke sekolah. Walaupun bukan tiap hari, tetapi tiap minggu hingga dia didatangi haid.

#Pandai pulak, pemuda itu mengajar mengunakan kondom takut gadis sunti ini hamil. Pemuda itu singgah sebelum pergi kerja. Cuma sekitar 15 minit sahaja, selesai hajat, dia pun pergi.

#Hinggalah umur gadis itu 16 tahun, telah bertukar pasangan 4 lelaki yang berhubungan jasad dengannya. Macam melakukan aktiviti ko kurikulum saja, tidak ambil masa yang lama untuk memanaskan badan. Dia tidak pernah melakukan pada waktu malam atau di luar rumah.

#Mana ibu bapa nak sangka, anak mereka seorang ketagih seks. Tidak keluar rumah, tidak punya ramai kawan, tidak sering beronline. Hanya duduk dalam rumah, buat kerja sekolah dan bantu urusan rumah tangga. Seorang anak yang pendiam, rajin menolong kerja-kerja ibu di rumah.

#Kisah ini hanya terbongkar apabila dia hamil. Ini pun ibunya tidak tahu kerana ibu menyangka dia hanya dirogol sekali sahaja. Anak ini tidak akan berani berkata benar apabila sudah terjadi perkara ini. Kisah ini diceritakan sendiri oleh gadis itu kepada saya, dikala saya berdua-duaan, untuk saya menyelami hatinya, akan pengalaman seksnya selama 5 tahun lalu. Dia hamil kerana kondom yang digunakan oleh pasangannya bocor.

#Saya kongsikan kisah ini kepada ibu bapa budiman diluar sana agar prihatin, dan ambik tahu apakah aktiviti anak ketika mereka keluar bekerja. Perhatikan segala-gala kepunyaan anak di dalam bilik, beg dan almari, mana tahu terjumpa sesuatu yang mendatangkan pertanyaan. itu adalah clue untuk mengetahui aktiviti mereka.

#Dan paling utama, jaga hubungan dengan Allah, amalkan ayat-ayat pelindung, mohon kepada Allah untuk memelihara diri dan keluarga dari syaitan iblis dan manusia durjana berhati syaitan. Tidak ada sessiapa yang dapat melindungi kita dan keluarga melainkan Allah jua.