Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, 1 November 2016

ALLAHU AKBAR!!! Bayi Kembar Berpegangan Tangan Ketika Dilahirkan (3 Gambar).


Seorang wanita dari Ohio, Amerika melahirkan bayi perempuan kembar pada hari Jumaat. Namun apa yang menarik ialah ketika dilahirkan, kedua-dua bayi tersebut berpegang tangan antara satu sama lain.


Ini merupakan satu peristiwa yang amat jarang berlaku dimana bayi tersebut turut berkongsi kantung amnion dan plasenta yang sama. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau ” mono mono ” dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan Ibu kepada bayi yang diberi nama Jenna dan Jillian, Sarah Thistlethwaite berkata kelahiran ini amat istimewa kerana mereka dilahrikan pada Hari Ibu.

“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, ” katanya.

“Mereka sudah menjadi sahabat,” Sarah memberitahu kepada media. “Saya tidak boleh percaya mereka memegang tangan. Itulah yang menakjubkan

Sunday, 7 June 2015

Inilah 15 Tanda-Tanda Kiamat Sudah Hampir !!


***Kebelakangan ini banyak bencana yang berlaku kepada negara-negara dibumi ini dan tidak terlepas juga negara kita. Apakah bencana dan musibah ini adalah salah satu Bala yang diturunkan Allah? Disini tao nak kongsikan satu info 15 perkara yang mengundang bencana akhir zaman.


Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).

Sebuah hadits dari Rasulullah SAW menceritakan dosa-dosa yang menjadi penyebab turunnya bala dari Allah SWT. Hadits diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib.

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana/bala/siksaan." Maka bertanya seorang sahabat, "Apakah (15 perkara) itu, ya Rasulullah?” Maka Baginda bersabda:

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


#1. Apabila harta rampasan perang (maghnam) dianggap sebagai milik sendiri, diagihkan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Peperangan antara kaum islam dan kaum kafir, kaum kafir dikalahkan dan harta benda mereka dirampas, maka harta benda tersebut adalah rampasan perang.

Rampasan perang adalah milik Allah dan rasul; seperlima untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil.

Sejarah islam dirantau kepulauan Melayu melawan kaum kafirin belum pernah timbul isu harta rampasan perang.


#2. Apabila amanat (barang amanah) dijadikan sebagai rampasan.

Amanat adalah sesuatu yang dipertanggungjawab untuk dipelihara sehingga sampai sepenuhnya kepada yang berhak memilikinya. Mengkhianati, memungkiri, atau merampas amanat dijadikan milik sendiri, atau menafikan hak seseorang adalah kesalahan yang berat.

Riwayat dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:“3 perkara, barangsiapa ada pada 3 perkara itu, maka dia itu orang munafiq, walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mendakwa ia islam, iaitu: apabila berbicara, ia berdusta; apabila berjanji, ia menyalahi janji; dan apabila dipercayai, ia berkhianat.” (HR Bukhari-Muslim)

#3. Apabila zakat dianggap sebagai cukai (denda).

Antara tujuan murni zakat, mensuci harta dan jiwa; memberkah harta pemilikan; mengangkat darjat fakir miskin; membantu meringan masalah para gharimin, ibnusabil, mustahiq lainnya; memupuk tali persaudaraan sesama umat Islam dengan mengikis sifat kikir dan loba para pemilik harta, dan sifat dengki dan iri hati orang-orang miskin; memupuk tanggungjawab sosial bagi pemilik harta manifestasi syukur atas nikmat Allah.

Baitulmal, pemegang zakat juga memikul amanat berat, perlu pro-aktif, bagi memastikan tujuan-tujuan murni zakat dapat dicapai sebaik mungkin. Jangan sampai ramai warga islam masih mengemis, ramai yang terpaksa tidur dibawah jambatan, ramai yang terpaksa meminjam 'along' untuk menyelesai masalah kehidupan, ramai balu yang membesarkan anak-anak terpaksa merintih belas ihsan bagi meneruskan kehidupan. Baitulmal pasif, tidur dalam senyuman kerana banyak wang dan harta yang terkumpul, penyalahgunaan dan perbelanjaan tidak pada jalan yang hak dan diredzai, boleh ditakrifkan sebagai syaitan-pencuri yang mencuri harta zakat (harta orang-orang yang berhak menerimanya).

#4 Apabila suami dikuasai/tunduk kepada isteri.
Nusyuz istilah isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Dunia hari ini menyaksikan ramai gelagat para isteri semakin parah, mengaku beriman tetapi berani membantah hukum Allah, berapi-api menghujah nas-nas bagi menghalalkan tindakan.
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya” (HR at-Tirmidzi).

Isteri yang baik, yang beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab dari Allah akan terdidik mentaati hukum Allah dan nasihat Rasul. Dari Anas ra, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang 5 waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia suka.” (HR Ahmad)

Beberapa hadits lain boleh juga dijadikan renungan dan panduan.

Dalam satu kisah Rasulullah SAW dan para sahabatnya melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang. Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka. Ketika Baginda melihat neraka, Baginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya:“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Imam Al-Bukhari)

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

“Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (berlandaskan syar’ie) maka haram baginya mencium wangi syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

“ …dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta; mereka tidak masuk syurga dan tidak mendapatkan wangi syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

#5 Apabila seorang anak bersikap kasar terhadap ibu sendiri.

#6 Apabila seorang anak lebih memuliakan rakan dari ibu sendiri.

#7 Apabila seorang anak bersikap kasar kepada bapa sendiri.

Allah SWT berfirman, “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia, dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, dan ucapkanlah: ‘Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.’ (AI-Isra’:23-24)

Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah aku beritahu kamu tentang dosa yang paling besar? iaitu menyekutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Keridhaan Allah ada di dalam keridhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah ada pada kemurkaan kedua orang tua." (Diriwayatkan Tirmidzi dari hadits Abdullah bin Amr, hadits ini diperkuat oleh hadits Abu Hurairah).

Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat orang yang durhaka kepada orang tuanya." Baginda bersabda lagi:"Allah melaknat orang orang yang mencaci bapanya. Allah melaknat orang yang mencaci ibunya." (Diriwayatkan lbnu Hibban dalam shahihnya dari hadits Ibnu Abbas).

Rasulullah SAW bersabda, "Semua dosa ditunda (siksanya) oleh Allah semahuNya hingga hari Kiamat kecuali durhaka kepada orang tua. Sesungguhnya dosa durhaka disegerakan (siksanya) bagi pelakunya” (Diriwayatkan Hakim dari hadits Abu Bakar dengan sanad yang baik).

Sewaktu peristiwa israk mikraj, Rasulullah SAW bersabda “Pada malam ketika aku diisra’ kan aku melihat beberapa kaum yang bergelantungan pada dahan-dahan dari api. Aku bertanya, "Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang mencaci ayah dan ibu mereka di dunia.”


#8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, SERTA mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain kepada Allah. Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk" (QS. At-Taubah : 18)

Masjid adalah rumah Allah, merupakan tempat ibadat orang-orang islam; tempat pendidikan agama Islam; tempat sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan agama Islam; tempat syarahan atau ceramah agama yang dibenarkan; pusat penyebaran dakwah, maklumat, dan peraturan agama; tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan.

Masjid bukan tempat berkempen politik atau perbincangan politik kepartian atau apa-apa isu yang boleh membawa kepada perpecahan ummah. Bukan juga tempat mencetuskan perpecahan ummah dan membuat bising dan keributan di dalam masjid (yang bertentangan dengan ‎syari’ah).

#9 Apabila pemimpin orang rendah martabatnya/krisis moral.

#10 Apabila seseorang dihurmati dan dimuliakan kerana ditakuti kuasa kejahatannya.
Waspada pemimpin yang terhina, rendah moral. Dari Jabir bin Abdillah bahwa Rasulullah Saw berkata kepada Ka’ab bin Ajzah: “Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan orang-orang bodoh.” (HR Ahmad).
Dalam hadits riwayat Ahmad dikatakan bahawa pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah SAW, yakni pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam, pemimpin penolak kebenaran, penyeru kemungkaran.

Dari Ubadah Shamit, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kamu dengan hukum yang tidak kamu ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kamu ingkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kamu untuk mentaatinya.” (HR Ibnu Abi Syaibah)

Dari Abu Hisyam as-Silmi berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kamu. Mereka berbicara (benjanji) kepada kamu, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kamu hingga kamu menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kamu membenarkan kebohongan mereka, SERTA kamu memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani).

Para pemimpin diktator (kejam).... Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (HR. Al-Bazzar). Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan politik tangan besi terhadap rakyatnya.

Dari Abu Layla al-Asy’ari, Rasulullah SAW bersabda: “Dan berikut adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihani; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kamu dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kamu. Sehingga mereka tidak membebani kamu dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kamu dengan paksa, baik kamu suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kamu adalah tidak mengambil pemberian mereka, dan tidak menghadiri pertemuan mereka.” (HR. Thabrani).


#11. Apabila meminum Khamar (arak) leluasa dan menjadi kebiasaan.

Arak, alkohol, minuman keras adalah khamr, sesuatu yang memabukkan, minuman yang kini merasuki masyarakat hingga ke pelosok tanah air. "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (korban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan itu) agar kamu beruntung." Surat Al Maidah, Ayat 90

Dari Anas ra Rasulullah SAW bersabda: "dalam hal arak ada 10 orang yang dilaknat oleh Allah SWT: pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayar dan pemesannya." HR Ibnu Majah dan at-Tarmizi

Meminum khamr termasuk salah satu dosa besar. Khamr adalah induk segala kejahatan. Orang yang mabuk akan hilang kendali kesadarannya. Hadis riwayat Tabrani dari Abdullah bin Umar: “Khamr adalah ibu kejahatan dan terbesar dosa-dosa besar dan barangsiapa meminum khamr, maka akan meninggalkan solat dan terjatuh (menggauli) ibu dan bibinya.’’ Nabi SAW juga menggambarkan orang yang meminum khamr ibarat orang yang menyembah berhala, artinya telah hilang Islamnya. (HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

#12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

Kain sutera memang halus. Kelihatan anggun dan bergaya, bila dijadikan sebagai bahan pakaian, ‎khususnya pada wanita. Kini “fashion trend” banyak lelaki memakai baju Melayu, baju batik sutera atau pakaian ‎acara rasmi di perbuat dari kain sutera. Syariat Islam mengharamkan lelaki memakai sutera, baik untuk solat mahu pun apa ‎jua. Selain memakai sutera, lelaki islam ‎juga diharamkan duduk di atas hamparan dari sutera. ‎

Dalam hadits-hadits dari Umar Khattab ra, Anas ra, dan Abu Musa Al Asy’ary ra, Rasullulah SAW bersabda: "Sesiapa (lelaki) yang memakai sutera di dunia, ia tidak akan dapat ‎memakainya lagi di akhirat." (HR Bukhari dan At Tarmidzi) ‎

Ali bin Abu Talib ra berkata: "Rasulullah SAW mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Sesungguhnya 2 ‎benda ini haram buat lelaki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."


#13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

#14. Muzik banyak dimainkan.


Biduan, artis, penyanyi termasuk perkara yang melamunkan hati, melekakan dan melupakan zikrullah, ibadah dll. Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat sudah wujud biduan menyanyi, menari, dan memainkan alat-alat musik, tetapi sangat dibatasi untuk acara walimah perkawinan, berkhatan, menyambut tetamu, memuji-muji orang yang mati syahīd dalam peperangan, atau menyambut kedatangan hari raya dan perayaan.

Namun kini, penyanyi dan penari wanita muncul bagaikan bidadari melalui akademi fantasia, dan pelbagai program realiti sehingga menjadi sanjungan, penghambatan, dan 'glamour' dalam bisnes hiburan. Keterlaluan sehingga nyanyian, tarian sensual, spara bugil dan dangdut menghairahkan.

Kecanggihan teknologi melahirkan berbagai macam alat musik dari yang tradisional (akustik) hingga yang modern (elektrik). Alat-alat musik dan konsert semakin leluasa dan menjadi kebanggaan.

Penonton menjadi peminat yang memuja para artis diserata pelusuk negara. Arus perdana ini semakin tidak memperdulikan hukum islam dan larangan Allah SWT.



#15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Generasi kini lebih moden, lebih berteknologi, lebih canggih berbanding generasi awal sebelumnya. Maka menjadi kecenderungan mencaci, mengkritik dan beranggapan negatif terhadap generasi awal yang sudah ketinggalan zaman dan kolot.

Melihat sejarah politik di negara kita maka terlihat bagaimana generasi muda (berbagai gerakan) mula mengecam, memaki, melaknati para pemimpin terdahulu negara ini. Jika cercaan datang dari kaum kafir, ini boleh difahami kerana memang bagaikan suatu sumpahan kaum kafirin sentiasanya tidak menyenangi orang-orang islam sehingga bersetongkol dengan mereka.

Perlu diingat bahawa tanpa usaha generasi awal takkan berkembang maju generasi kini. Mereka yang membia landasan kepada kemajuan generasi muda. Segala ikhtiar dan ikhtibar adalah dari generasi awal; yang tidak baik dijadikan sempadan, yang baik dikekalkan.


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. Ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Firman Allah SWT:

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ar-Ra'du (11).

FirmanNya yang lain:

أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٍ۬ مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَا لَمۡ نُمَكِّن لَّكُمۡ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡہِم مِّدۡرَارً۬ا وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَنۡهَـٰرَ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم بِذُنُوبِہِمۡ وَأَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Al-An'aam(6).

Wednesday, 3 June 2015

Tahukah Anda Apa Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Dari Malam Pertama Dikuburkan ??


Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..

Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

#Malam Pertama ~

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kema luan..
Subhanallah, perut & kema luan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..

#Malam Kedua ~

Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

#Hari Ketiga ~

Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..

Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..

#Setelah 10 hari ~

Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..

#Setelah 2 Minggu ~

Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

#Setelah 6 Bulan ~

Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

#Setelah 25 Tahun ~

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..

Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..

Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...

Aamiin...
Aku berdoa..
Ya اَللّهُ :

Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini
Lapangkanlah hatiku dan hatinya
Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan
Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
Mudahkan segala urusanku dan urusannya
Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
Jauhkan kami dari segala Musibah
Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan
Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kirim kepada semua orang dalam contact. Kita akan saling mendoakan antara satu sama lain, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

3 Foto Penembak Tepat Wanita Palestin Yang Membuatkan Anda Pasti Kagum



Dengan style kening rapi, kasut bot kulit dan gelang emas, dia dikenali 'Guevara' kerana dia adalah orang terakhir yang menjadi harapan, lengkap dengan senapang sniper bersembunyi di tengah perang saudara di negaranya.



Memakai tudung dan pakaian, dan seluar khaki, Guevara, duduk tersembunyi di sebuah bangunan yang rosak menunggu untuk melihat musuh "tentera kerajaan".

Tetapi bekas guru bahasa Inggeris ini telah dikenali ramai penduduk sebagai 'penembak tepat perempuan' di jalan-jalan bandar Syria.

Berasal dari Palestin, sniper mengatakan bahawa dia pertama kali mengangkat senjata di sebuah kem latihan tentera di Lebanon yang dijalankan oleh militan Palestin dari kumpulan Hamas.



Dan dia mengaku bahagia dalam peranannya yang tidak biasa dan berbahaya untuk seorang wanita. Dia berkata "Saya suka berkelahi, ketika saya melihat bahawa salah satu teman saya di katiba  [bahagian pemberontak] telah dibunuh, saya merasa bahawa saya harus angkat senjata dan membalas dendam. '

Dia juga didorong oleh kematian anak perempuannya berusia 10 dan seorang putra berusia 7 tahun beberapa bulan lalu. Pasangan itu tewas ketika serangan udara menghentam rumah keluarganya.

Sekarang dia mengatakan dia merasa dipaksa untuk membunuh askar kerajaan setiap kali kematian dari salah satu pejuang sesama pemberontak.

Pekerjaan memerlukan kesabaran, kelajuan dan kecerdasan dan dia sering perlu duduk berjam-jam menunggu tentera kerajaan untuk mengambil alih tempat mereka.

Kisah Benar Tentang Pengalaman Pahitnya Bermenantu 'PLASTIK'


**"RAMAI dalam kalangan kaum wanita yang sudah berumahtangga, mereka boleh berdikari walaupun tanpa suami di sisi. Namun tidak ramai antara mereka lemah seperti saya sentiasa takut, tidak berani bertindak, sebaliknya saya sentiasa bergantung, sama ada dengan ibu atau pun anak, setelah ketiadaan suami.


#“Inilah keadaan diri saya. Saya mengaku lemah dan tidak berani bertindak sendirian. Nasib saya bekerja, jika tidak saya boleh mati tegak, sebab tak tahu apa patut saya buat selepas kematian suami. Nasib ada anak lelaki sulung. Izat namanya dialah tempat saya bergantung dan berbincang sebelum saya buat keputusan’’

*“Ketika itu Izat belum kahwin, masih belajar di universiti dalam tahun akhir, tetapi dia jadi kekuatan saya bersama tiga orang lagi anak-anak saya yang masih belajar. Sebenarnya saya bukan penakut, tetapi tak berani buat keputusan, sebab sepanjang berkahwin suamilah buat keputusan, saya jadi pak turut. Segala tindakannya saya tak pernah bantah.

“Suami saya meninggal ketika usianya baru masuk 50 tahun. Jadi anak lelaki sayalah yang menguruskan semua urusan harta, pencen, ansuran dan sebagainya. Saya cuma bertanya apa yang belum dan sudah dilakukannya. Pendek kata dialah harapan saya.

“Pencen suami yang saya dapat tak banyak, tetapi dapat tampung perbelanjaan pelajaran anak-anak, sementara Izat ada biasiswa. Dia nasihatkan saya apa patut dan tak patut saya lakukan. Namun saya ada sampaikan hasrat arwah suami yang ingin besarkan rumah yang kami diami ini untuk keselesaan anak-anak yang semakin membesar dan untuk buat kenduri kahwin mereka nanti jika ada rezeki.

“Untung Izat tak bantah, malah dia buat cadangan macam mana kami boleh lakukan untuk besarkan rumah. Paling tidak hajat ayahnya hendak besarkan dapur dan tambah sebuah bilik akan tercapai. Tapi duit tak cukup. Kata Izat saya kena sabar setahun dua lagi untuk kumpul duit dicampur dengan sedikit duit tinggalan arwah untuk besarkan rumah.

“Kata Izat dia izinkan saya gunakan duit tinggalan ayahnya yang menjadi hak mereka untuk besarkan rumah, malah anak anak lain pun izinkan. Lagi pun rumah itu untuk kebaikan semua bukan saya sahaja.

“Saya yang tak faham bab faraid ikut saja keputusan Izat. Malah Izat mohon saya berdoa supaya dia lulus cemerlang dan cepat dapat kerja, bolehlah dia turut bantu saya. Ketika itu besarnya hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Saya rasa betuah dapat anak seperti Izat sanggup bantu saya yang lemah ini. Malah Izat berjanji bila bekerja nanti dia akan bantu adik-adik kalaupun bukan dengan wang ringgit, tetapi dia akan menasihati mereka. Dan lebih penting dia tidak akan segera kahwin hinggalah anak kedua saya masuk universiti.

“Tetapi kita manusia mampu merancang, Allah menentukan dan Allah sentiasa menguji hambanya tanpa disedari. Selepas setahun bekerja, tiba-tiba satu hari Izat beritahu saya dia nak kahwin. Ketika itu terasa gelap mata saya mendengar kata-kata Izat. Kelu rasanya lidah untuk bertanya. Terkedu saya seketika.

“Katanya dia sudah lama berkawan dan mereka sama-sama belajar di universiti dahulu. Katanya lagi dia tak boleh tangguh lagi sebab keluarga temannya itu sudah mendesak supaya cepat kahwin. Selepas tersedar daripada terkedu, saya tanya Izat macam mana dengan janjinya dulu. Rumah belum dibuat, janjinya dulu dia hendak membantu. Tetapi jika dia kahwin segera, tentu urusan membesarkan rumah akan terbengkalai.

“Maklumlah bila hendak berkahwin, Izat pasti dahulukan hasratnya mengumpul duit buat hantaran belanja, belanja kenduri kahwin, hantaran persalinan dan macam-macam lagi. Kata Izat saya tak perlu buat kenduri di rumah, tak perlu besarkan rumah, sebab urusan kenduri kendara hanya akan dibuat sebelah perempuan sahaja. Tapi hasrat saya ingin juga buat kenduri di rumah sendiri, paling kurang lima dulang nasi.

“Saya suruh Izat dan temannya berunding dan minta tangguh paling kurang setahun dua, sebab saya ingin besarkan rumah dan nak buat tambahan bilik. Kini tiba pulak giliran Izat termenung. Sebab dulu dia yang berjanji akan bantu saya.

“Sementara itu Izat hendak bawa kawannya jumpa saya dan berkenalan. Saya tak ada halangan, tapi saya ingatkan Izat, lagi cepat dia datang jumpa saya lagi cepat dia mahu segera dinikahkan. Paling tidak dia hendak segera bertunang. Tetapi Izat nafikan, sebulan kemudian dia bawa kekasihnya Intan Adlina jumpa saya di rumah.

“Tepat seperti diduga, Intan mendesak supaya mereka segera bertunang. Sedangkan ketika dia datang ke rumah saya, dia tidak sebut pasal bertunang, dia banyak berdiam diri sambil melihat keadaan rumah kami. Sebenarnya pada pandangan saya Izat masih muda lagi belum pun 25 tahun, jadi mengapa mesti kahwin segera. Lagi pun dia ada tanggungjawab yang belum beres. Sementara Intan baru habis belajar belum pun bekerja.

Janji

“Dalam kerisauan, saya terus meminta Izat supaya bersabar, paling tidak kami mesti besarkan rumah dahulu. Saya tak mahu duit arwah yang terkumpul terpakai, maklumlah duit dalam tangan dan saya bimbang hasrat arwah ayahnya tak kesampaian.

“Saya janji pada Izat kalau nak bertunang pun tunggulah hingga rumah siap. Sebab saya tak tahu nak pilih kontraktor. Macam mana nak reka bentuk bilik dan sebagainya.

“Tambah kecut perut rasanya bila memikirkan mampukah saya mengendalikan anak-anak yang sedang belajar, nak buat tambahan rumah kalau Izat teruskan juga hasratnya nak bertunang dan berkahwin. Kerana itu saya minta Izat bersabar dahulu.

“Syukur Izat dengar hasrat saya, dan segerakan hasrat membina rumah walaupun terpaksa mengecilkan binaan kerana duit tak cukup, sebab Izat tak bantu kerana hendak guna duit untuk kahwin. Sebaik rumah siap Izat mohon hasratnya ingin bertunang dipenuhi. Saya terpaksa ikut. Bila urusan meminang tiba di rumah Intan, ayahnya terus meminta supaya ditiadakan pertunangan dan meminta perkahwinan disegerakan.

“Alasannya dia tak mahu urusan yang baik (berkahwin) dilewatkan, malah katanya bina rumah boleh tangguh, tetapi urusan perkahwinan mesti disegerakan kerana itu lebih wajib dan dia tak mahu tanggung dosa. Terkedu saya dengar ketegasannya. Lebih sedih bila dengar suara ayah Intan yang kasar menyindir dan malukan saya dihadapan rombongan kami. Agaknya kerana saya perempuan tidak ada suami, maka dia boleh bersuara sesuka hati. Meleleh air mata saya terasa dimalukan depan khalayak ramai.

“Kerana di desak, saya ikut kehendak Izat dan ayah Intan. Enam bulan kemudian majlis perkahwinan berlangsung. Selepas kahwin saya bukan sedih kerana Izat pindah, tetapi kecewa bila Izat tidak boleh balik ke rumah sesuka hati. Sebagai contoh, setiap kali Izat datang ke rumah, setengah jam kemudian Intan telefon suruh pulang.

“Lepas kenduri dahulu semua orang puji saya bertuah dapat menantu terpelajar dan cantik. Tetapi mereka tak tahu saya sedih sebab saya tahu perangai Intan tidak sebaik wajahnya. Sejak mula berkawan dengan Izat lagi dia kawal pergerakan Izat. Dia langsung tak berbudi bahasa apabila bercakap dengan adik beradik Izat, dengan saya dia langsung tak bercakap. Perangainya lebih teruk selepas berkahwin.

“Agaknya pada fikiran Intan setelah berkahwin keluarga suami tidak perlu lagi, yang lebih penting cuma menjaga dirinya sebagai isteri sahaja. Tetapi sedarkah Intan bahawa hubungan antara ibu dan anak tidak akan putus, tetapi antara isteri dan suami bila-bila boleh terpisah. Dan tahukah Intan bahawa ibu menjadi tanggungjawab anak lelaki paling utama selain ayah dan adik beradiknya, jadi tahukah Intan di mana kedudukan dirinya sebagai isteri?

“Saya tak bencikan menantu, saya terima apa juga pilihan anak saya, tetapi jangan cuba pisahkan ibu dengan anaknya! Jangan persoal berapa kali Izat balik ke rumah ibunya dalam sebulan. Seperti yang dikatakan, saya perlukan Izat kerana dia anak lelaki sulung dan tiga orang lagi anak-anak saya semuanya perempuan. Mereka juga perlukan nasihat abangnya kerana itulah caranya kami dibentuk oleh arwah suami saya.

“Saya sedih sejak tiga tahun berkahwin, cuma tiga kali Intan datang ke rumah kami itupun pada hari raya keempat. Adakah menantu anda buat seperti itu kepada anda? Saya tak faham mengapa menantu saya benci sangat pada kami. Kesimpulannya, saya nasihatkan kaum wanita jangan jadi macam saya terlalu bergantung pada suami, kerana bila suami tidak ada, isteri jadi macam orang bodoh.

#“Kepada kaum wanita janganlah meletak harapan terlalu tinggi kepada anak, kerana biasanya anda akan kecewa setelah anak berkahwin, tak kira anak lelaki ataupun perempuan. Nasihat saya kepada wanita didiklah anak-anak supaya sayangkan ibu mertua sama seperti dia sayangkan ibu sendiri. Dan sayangilah mertua anda seperti anda menyayangi suami anda.’’

*Itu cerita Rosnani tentang pengalaman pahitnya bermenantu.

Monday, 1 June 2015

Suami Kena 'Lanyak' Dengan Kekasih Isteri Yang SADO


#“Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu.”

*Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.

#Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.


“Ibu nak balik?”

Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan.

“Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca banyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?”

Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.

“Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh.”

Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban.

Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

“Abah, peninglah tengok pusing-pusing.”

Anaknya mengomel. Mengusik hatinya.

“Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?”

Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.

Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.

Lelaki itu membulatkan tekadnya.

**
Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.

“Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita gi jumpa ibu hari ini!”

Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.

Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.

“Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja.”

Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.

“Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra.”
Anaknya bertanya,

“Siapa tu?”
Ayahnya membalas lembut,

“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku.” Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya.

Sayang sekali sama ayahnya.

Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh

Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.”

“Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta.”

Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.

“Sayang abah tak?”

“Sayang sangat!”
**

Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,

“Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama.”

Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.

Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.

“Ibu, ibu!”

Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.

Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.

Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.

Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.

“Library apa di Genting Highland?!” Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.

Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.

Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.

Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!

“Ini ke perpustakaan awak tu?!”

Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.

Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.

“Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!”

Isterinya itu membalas bongkak,

“Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.

Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!

Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!”

Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya.

“Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak.” Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.

Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,

“Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!”

Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.

Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.

Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri.

*Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.

#Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.

*Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.

#“Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!”

Sunday, 31 May 2015

Hukum Buat Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci Al-Quran

#Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata.

*Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.

"Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya.

Othman berkata, pihak yang terbabit meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin mungkin berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain.

*Bagaimnapun, katanya, perbuatan sedemikian patut dielakkan.

#"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," katanya.



Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir, berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya.

#Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan mengenai pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.

"Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah suci kita kena ikutlah," katanya.