*Seorang gadis berusia 19 tahun yang menjadi pujaan para jejaka di kampungnya, Ita Susilawati berubah wajah dan badan menjadi nenek tua selepas dia berkahwin dengan suaminya iaitu Hendra.
#Ketika perkahwinan mereka berumur kira-kira 3 bulan, Hendra kembali ke kampung halamannya untuk mencari kerja. Ita kemudian bermimpi dikejar dan dipatuk dua ekor ular yang besar dan berwarna hitam.

#Tidak lama kemudian, kedua-dua tangan dan pehanya tumbuh bintik-bintik merah, dadanya mengerut seperti kecut dan berasa seperti direbus dalam air panas.
#Semua doktor dan bomoh yang merawat Ita Susilawati binggung dan tidak tahu punca sebenar penyakit misteri yang dideritai Ita.
#Di rumah, Ita makin menderita. Kulit matanya membengkak seperti menutupi bahagian mata dan melebeh.
#Perutnya pula ditumbuhi benjolan sebesar penumbuk orang dewasa.
#Ada cerita yang menyatakan sebenarnya Hendra telah merampas Ita yang pada masa itu sudah bertunang..Namun Ita memutuskan tunang dan berkahwin dengan Hendra.
*Hendra pula, selepas pulang lalu menemui Ita dalam keadaan begitu, telah pergi semula dan tidak kembali lagi. Akhirnya Ita meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyayat hati.
EmoticonEmoticon