Wednesday, 27 May 2015

ISU CERAI - Mia Ahmad Kini Tampil Beri Penjelasan yang Membuatkan Anda Tergamam !!!

Tags





*Pelakon cantik, Mia Ahmad dikatakan terlibat dalam cinta lokasi apabila tersebarnya khabar angin mengenai dirinya dengan pasangan pelakon drama bersiri, Hati Perempuan, Syarul Ridzwan.



#Walaupun drama itu telah melabuhkan tirainya, namun masih ada yang mengaitkan mereka meskipun Mia telah menafikannya.

#Namun, baru-baru ini, nama bintang ini sekali lg diheret dalam kancah kontroversi apabila dia dikatakan menjadi punca kepada keretakan hubungan suami isteri sehingga terjadinya penceraian.

#Menerusi ruangan blog tempatan, dilaporkan seorang wanita telah mengunjungi pejabat agama dan meminta kepada hakim untuk bercerai dengan suaminya.

#Wanita itu dikatakan berang apabila suaminya sering menyebut nama, Yuhanis iaitu watak yang dilakonkan Mia Ahmad dalam drama Hati Perempuan, ketika sedang tidur.

#Kata wanita berkenaan, sejak menonton drama berkenaan, suaminya mula menunjukkan perubahan sedangkan selama ini mereka tidak mengalami apa-apa masalah.

#Bertanya mengenai perkara itu kepada Mia, kedegaran ketawa kecil daripada pelakon ini dan memberitahu bahawa gosip ini sebenarnya sudah lama tersebar.

#"Saya sudah lama dengar mengenai perkara ini namun tidak pasti pula adakah ianya cerita bener atau sengaja dicipta untuk tujuan blog itu mendapatkan perhatian.

#"Lagipun, ia disebarkan oleh blog yang dragui kesahihannya. Namun, jauh di sudut hati saya mengharapkan agar cerita itu tidak benar sama sekali kerana ianya tidak patut berlaku.

#"Sekiranya berita itu benar, saya sangat sedih dan dukecita. Saya sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Yuhanis menjadi impak sebegitu. Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja kerana ia hanyalah lakonan semata-mata," katanya.

#Dalam perkembangan lain, plakon ini memberitahu bahawa dia bakal terlibat dalam satu penggambaran telefilem untuk TV3 bermula minggu depan.

#Menariknya, telefilem raya ini juga turut mengandingkan dirinya bersama pelakon kacak, Syarul Ridzwan.


EmoticonEmoticon