BAKAL NURSE DIHENTAM SELEPAS UPLOAD GAMBAR KEMALUAN DIFACEBOOK
| #Manusia sekarang bila berdepan dengan laman sosial macam FB/twitter atau sebagainya macam dah takde privacy & malu dalam hidup diorang. Kalau boleh semua nak tayang.. semua nak cerita.. Kalau boleh tu setiap inci apa yang ada kat badan atau ada dalam rumah atau ada dalam hidup dorang semua nak tayang. Macam tu la yang terjadi pada budak-budak bakal nurse yang dihentam nie.
#Tahulah kau bakal nurse jadi kau akan belajar & tengok semua tu. Tapi perlu ke sampai kau upload gambar macam ni kaat facebook.
#Yang pelik ada pulak yang backing.. tapi masalahnya lecturer kau bagi markah kat korang berdasarkan jumlah LIKE @ Share kat FACEBOOK ke sampai kena upload tunjuk kat orang dengan aksi tak berapa ada kemaluan sambil memegang kemaluan patung lelaki itu?? Perlu ke kau ambil gambar & upload kat FACEBOOK untuk lulus exam? Kalau betul.. memang dahsyat la sebab markah berdasarkan jumlah LIKE & Share FACEBOOK.
#Cuba-cuba la buat sempadan sikit kat FACEBOOK tu. Dan cuba-cuba la ada rasa malu sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi korang tu perempuan. Mak bapak korang tengok pun tutup mata dek non Ooi.. tolong malu dengan perangai anak-anak diorang.
#Kami pun termalu jugak bila tengok tapi harus la berucap sepatah dua kata sebagai teguran & peringatan untuk orang lain & juga diri sendiri.
#Moral of the story.. kadang-kadang kita je rasa benda tu kelakar tapi ramai orang rasa benda tu sangat mengaibkan & memalukan. Jadi jangan memalukan diri sendiri dengan buat kelakar dengan benda yang tak kelakar macam ni.
EmoticonEmoticon